Fungsi ‘Ask to Buy’ Pada iPhone X Tidak Sokong Face ID

Sesuatu pembaharuan atau inovasi yang dibuat itu kebiasaannya dibuat dengan tujuan untuk memudahkan sesuatu urusan, tetapi nampaknya perkara ini tidak terjadi pada pemilik iPhone X. Seperti yang kita semua sedia maklum, Apple telah mengambil keputusan untuk menyingkirkan Touch ID pada iPhone X dan menggantikannya dengan Face ID yang dikatakan memiliki ciri keselamatan yang jauh lebih baik.

Sungguhpun begitu, baru-baru ini Apple telah menerima pelbagai maklum balas dan juga pertanyaan berhubung penggunaan Face ID yang dilihat kurang mesra pengguna. Perkara ini timbul apabila fungsi ‘Ask to Buy’ yang sebelum ini boleh terus diakses menggunakan Touch ID tidak lagi disokong pada Face ID. Ini bermakna ibu bapa perlu memasukkan kata laluan secara manual setiap kali anak-anak mereka ingin membeli ataupun memuat turun sesuatu aplikasi di App Store.

Rata-rata ibu bapa yang telah mengaktifkan fungsi ‘Ask to Buy’ pada iPhone X mereka sangat mengharapkan agar Apple melakukan sesuatu untuk mengatasi isu ini secepat yang mungkin.

You might also like