
LG G6 sebuah telefon pintar pertama di dunia yang menggunakan paparan dengan format nisbah 18:9 yang memanjang. LG Malaysia akan membawa masuk peranti ini pada minggu pertama awal bulan Mei 2017 dengan harga RM2,999 dan tarikhnya sedikit awal berbanding flagship daripada Samsung iaitu Samsung Galaxy S8.
LG G6 hadir dengan cipset Qualcomm Snapdragon 821, RAM sebesar 4GB, memori dalaman 64GB yang menyokong UFS 2.0 dan slot microSD (sehingga 2TB) sebagai tambahan. Bahagian belakang menyokong dwi-kamera 13 Megapiksel, kamera depan 5 Megapiksel. Penampilan luaran menampakkan kerangka tepi yang nipis tanpa permukaan kamera yang timbul dari panel belakang sebagaimana model LG G5 sebelum ini.
Terdapat tiga warna pilihan iaitu Astro Black, Ice Platinum, dan Mystic White. Selain itu ia turut didatangkan dengan sarung pelindung peranti yang boleh dilipat bernilai RM174 secara percuma (selagi stok masih ada). LG G6 akan berada di Authorized Retailer pada minggu pertama bulan Mei depan.