Samsung Menutup Kilang Pengeluaran Televisyen Di Seremban

 

Samsung-logo-2015-Nobg

Samsung mempunyai kilang pengeluaran di beberapa tempat sekitar Malaysia, salah satunya adalah di Seremban yang bertanggungjawab menghasilkan televisyen. Setelah beberapa tahun beroperasi, Samsung mengumumkan akan menutup operasi fasiliti tersebut menjelang bulan April 2016.

Langkah tersebut diambil Samsung bagi meningkatkan kadar efisyen kos dan operasi mereka secara global. Langkah penutupan operasi tersebut bakal menyebabkan 475 pekerja tempatan dan 145 pekerja asing hilang punca pendapatan, Samsung menyatakan mereka akan memberikan pakej pampasan yang setimpal kepada pekerja yang terbabit.

You might also like