
Tren Selfie Terbaru?
Tren selfie sememangnya menjadi kegilaan tidak lama dahulu dan kini ia merupakan perkara normal yang dilakukan hampir kesemua orang. Kegilaan terhadap selfie telah menyebabkan pihak pengeluar melakukan pelbagai usaha seperti menawarkan smartphone yang mempunyai kamera hadapan berkualiti tinggi dan yang paling popular sekali adalah selfie stick.
Tahukah anda kini terdapat selfie stick yang digunakan khas bagi memegang MacBook ketika menangkap gambar selfie menggunakan kamera komputer riba tersebut. Seperti selfie stick biasa, ia hadir dengan batang besi yang panjang namun keistimewaanya adalah pada bahagian pemegang peranti. Ia mempunyai pendakap yang mampu memegang MacBook dan membolehkan pengguna menangkap gambar selfie.
Perkakasan ini dicipta oleh Art404, John YuYi, dan Tom Galle, namun sehingga kini mereka tidak menampilkan sebarang kenyataan berkenaan MacBook Selfie Stick dan tujuan ia dicipta.