
HUAWEI Bakal Memfailkan Usul Meminta ‘Summary Judgment’ Bagi Menentang Halangan Amerika Syarikat
Jenama peranti terkemuka dunia dari China, HUAWEI hari ini mengumumkan bakal memfailkan usul kepada mahkamah bagi meminta ‘Summary Judgment’. hal ini ekoran kerana halangan terhadap peralatan HUAWEI diisytihar sebagai tidak mematuhi perlembagaan.

Syarikat tersebut sebelum ini telah diletakkan di bawah senarai halangan perdangan yang mengakibatkan beberapa akses kepada teknologi dihalang. Ini melibatkan beberapa syarikat dari Amerika Syarikat seperti Microsoft, ARM, Google dan lain-lain.
Menurut Ketua Pegawai Undang-undang di Huawei Technologies, Song LiuPing berkata halangan tersebut menggunakan keselamatan siber hanyalah alasan sahaja. Ia tidak mampu untuk menjadikan rangkaian lebih selamat. Mereka menyajikan perasaan keselamatan yang palsu.
dalam pada itu, menurut HUAWEI, pihak Amerika Syarikat tidak menyediakan bukti yang konkrit bahawa mereka memberi ancaman kepada keselamatan. Insiden ini dilihat akan memberi kesan kepada industri komunikasi dan industri lain pada masa akan datang. Ia bukan sahaja menjejaskan ekonomi dan teknologi di Amerika.

