
Maxis memperkenalkan pelancaran Zerolution360, program keahlian peranti yang menawarkan pelanggan pengalaman 360 yang lengkap dan tanpa risau untuk semua keperluan peranti mereka, dari saat mereka mendaftar dan menggunakan telefon mereka, serta proses penyelenggaraan dan menaiktaraf pada masa hadapan.
Dengan Zerolution360, pelanggan boleh memilih mana-mana peranti pintar yang disediakan dari pelan MaxisONE, tanpa bayaran pendahuluan dan tanpa kad kredit, serta pelan perlindungan yang komprehensif termasuk gantian peranti menyeluruh segera bagi peranti yang dicuri atau rosak, perlindungan peranti penuh serta naiktaraf peranti percuma setiap dua tahun dengan pilihan naiktaraf tahunan (dengan bayaran). Pelanggan yang mendaftar untuk program keahlian ini tidak perlu mendaftar ke pelan kontrak.
Berikut adalah cara-cara untuk mendaftar ke Zerolution360:
Pelanggan boleh memilih jenis peranti dengan bayaran bulanan yang berpatutan (bayaran berbeza bergantung kepada harga peranti), juga boleh memilih antara dua pakej perlindungan, Asas dan Premium. Pakej Premium iaitu bayaran tambahan sebanyak RM10 sebulan, pelanggan akan mendapat khidmat pembaikan keutamaan dengan masa pembaikan yang lebih pantas, telefon pinjaman sementara, dan penggantian skrin percuma sekali.
Untuk mendaftar ke Zerolution360, lawati mana-mana Pusat Maxis atau Rakan Eksklusif Maxis di seluruh negara.

