
Instagram Berwajah Baru
Instagram membawakan perubahan yang segar dalam penampilan aplikasinya dengan memperkenalkan logo dan antaramuka yang baru. Selain Instagram, aplikasi sokongan seperti Layout, Hyperlapse dan Boomerang juga menerima kemas kini logo yang menampilkan rekaan minimal dengan tona warna pelangi.
Kemaskini versi 8.0 kini boleh dimuat turun di Android dan iOS, setelah mengemas kini anda akan dapat lihat antaramuka baru dan ikon baru.
Antaramuka baru menggunakan warna hitam dan putih sebagai warna utama, menjadikan gambar dan kandungan feed lebih menonjol. Selain ikon kamera yang berbeza berbanding sebelumnya, menu, fungsi dan cara navigasi aplikasi masih lagi sama dengan versi sebelum ini. Adakah anda menyukai rekaan baru ini?
Muat Turun: