
Ingin bercuti dengan lega hati tanpa merisaukan kes pecah rumah berlaku pada anda?! Walaupun langkah berjaga-jaga sudah dibuat sepenuhnya, tetapi kes-kes merompak atau pencerobohan tidak pernah berhenti.
Jadi isilah borang balik kampung dulu sebelum balik di aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) ini. Aplikasi VSP sebenarnya merupakan inisiatif baharu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membanteras jenayah bersama masyarakat tempatan sebagai mata dan telinga pihak polis.


♠ Kelebihan Aplikasi VSP ♠
- Aduan atau maklumat dengan gambar, video dan lokasi kejadian boleh dihantar secara terus melalui aplikasi.
- Hanya mengisi borang maklumbalas balik kampung, dan setiap maklumbalas akan dihubungkan ke semua bilik gerakan polis daerah dan kontinjen.
- Pihak PDRM akan membuat rondaan dan pemantauan secara berkala menerusi elemen penugasan seperti URB dan MPV.
- Setiap rumah yang dilawati akan diberi notis lawatan sebagai bukti rumah anda telah dilawati dan dipantau.
- Laporan atau aduan lain seperti kes ragut, dadah, jenayah, lumba haram, penyeludupan, atau lain-lain maklumat juga boleh dibuat.
- Aplikasi ini dilengkapi dengan senarai alamat dan nombor telefon serta lokasi ibu pejabat polis kontinjen, bagi memudahkan orang ramai mendapat maklumat dan perkhidmatan.

Melalui aplikasi ini, didikan dan kesedaran sivik dapat diberikan kepada masyarakat dalam pelbagai sudut keselamatan seperti mencegah dan membanteras jenayah.
Di samping juga dapat mengeratkan hubungan mesra di antara polis dan masyarakat, sekali gus meningkatkan keyakinan masyarakat kepada pihak polis, selain sifat bertanggungjawab untuk bersama mencegah jenayah di kalangan masyarakat juga dapat dipupuk sepenuhnya.
• Muat Turun: iOS I Android
Keamanan dan kesejahteraan negara adalah tanggungjawab bersama, cubalah sekiranya berminat.
[ SUMBER ]

