
Nokia 3.1 Plus Mulai Terima Kemas Kini Android 9.0 Pie
Berita baik untuk pengguna Nokia 3.1 Plus! Peranti kelas pertengahan dari HMD Global ini telah menerima kemas kini Android 9.0 Pie mulai sekarang.
The wait is over! Get ready to feast on a sweeter smartphone experience with Android 9 Pie on Nokia 3.1 Plus. Nokia smartphones get smarter with time #GetSmart #Nokiamobile pic.twitter.com/8wG544OAEk
— Juho Sarvikas (@sarvikas) February 26, 2019
Nokia 3.1 Plus ditawarkan pada harga RM699, ia dilengkapi skrin bersaiz 6 inci HD+ bersama rekaan tanpa takuk, dijana oleh pemproses MediaTek Helio P22 di bawah sokongan 3GB RAM dan 32GB ROM (menyokong kad mikroSD sehingga 400GB).
Peranti ini mempunyai rekaan dwi-kamera utama 13MP + 5MP serta kamera swafoto 8MP, kapasiti bateri 3,500mAh ini didakwa mampu bertahan selama 2 hari oleh Nokia.
Seperti yang dijanjikan oleh Nokia, kemas kini peranti mereka adalah baik dan konsisten kerana pengguna sentiasa diutamakan.
_____________________________
Artikel Berkaitan:
- MWC 2019: Nokia 9 PureView Rasmi – Dijana 5 Kamera Optic Zeiss + Snapdragon 845
- MWC 2019: OHSEM! Hasil Gambar Dari Gergasi 5 Kamera – Nokia 9 PureView
- MWC 2019: Nokia 1 Plus – Peranti Asas Beroperasi Android One, Kerangka Panel Belakang Boleh Ditukar
- MWC 2019: Nokia 4.2 & Nokia 3.2 – Peranti Pertengahan Berasaskan Android One
- Reviu Eksklusif : Ikut Trend, Nokia 6.1 Plus Tampil Skrin Penuh Bertakuk!

