MWC 2019: Nokia 1 Plus – Peranti Asas Beroperasi Android One, Kerangka Panel Belakang Boleh Ditukar

697

HMD Global selain mengumumkan peranti flagship Nokia 9 PureView yang dinanti-nantikan sekian lama ini, terdapat tiga lagi peranti baharu yang diperkenalkan dan salah satu daripadanya adalah Nokia 1 Plus.

[ MWC 2019: Nokia 9 PureView Rasmi – Dijana 5 Kamera Optic Zeiss + Snapdragon 845 ]

Peranti asas ini adalah versi peningkatan pada Nokia 1 yang telah dipasarkan tahun lalu, kini versi baharu hadir dengan sokongan Android 9 Pie Go Edition. Bahagian dalamannya dilengkapi dengan cip pemproses MediaTek MT6739WW 1.5GHz, sokongan 1GB RAM dan 8GB ROM yang boleh diperluaskan ruangan storan sehingga 128GB kad microSD.

Disebabkan Nokia 1 Plus adalah peranti kelas permulaan, maka kualiti penggambaran setakat biasa sahaja di mana kamera utama beresolusi 8MP dan kamera hadapan hanya 5MP. Bahagian ketahanan bateri pula, menurut Nokia ia mampu bertahan untuk tempoh yang lama dengan kapasiti sebesar 2,500mAh.

[ MWC 2019: OHSEM! Hasil Gambar Dari Gergasi 5 Kamera – Nokia 9 PureView ]

Peranti yang berukuran 5.45 inci ini boleh dikatakan menyambung rekaan peranti zaman 80-an, di mana panel belakang boleh ditukar dengan kerangka lain ikut kesukaan anda selain pilihan merah, biru dan hitam ditawarkan. Harga jualan untuk peranti ini adalah $99 (kira-kira RM403).

♦ Ikuti laporan MWC 2019 di sini. ♦

_____________________

Baca Juga: