
MWC 2019: Samsung Bakal Memperlihat Galaxy S10 5G Kepada Pengunjung, Turut Pamer Pengalaman 5G Secara langsung
Samsung yang merupakan jenama peranti pintar dari Korea Selatan ini bakal memperlihatkan beberapa peranti terbaharu dari mereka dalam Mobile World Congress 2019 (MWC 2019). Antara yang akan diperlihatkan ialah Samsung Galaxy S10 5G yang direka untuk memberikan pengalaman penuh 5G.
Menerusi rangkaian 5G, Galaxy S10 5G boleh mengakses kepantasan rangkaian sehingga 20 kali lebih pantas berbanding rangkaian 4G yang sekaligus memberikan kepada anda pengalaman yang menakjubkan sama ada menonton video, penstriman pantas dan sebagainya.
[Samsung Galaxy S10 5G Diperkenal – Sokongan 4 Kamera Utama + Bateri 4,500mAh]

Justeru, Samsung bakal melakukan beberapa demonstrasi secara langsung untuk mempamerkan pengalaman sebenar 5G.
Siaran langsung yang pertama berlangsung di MWC 2019 adalah GSMA ‘Mobile World Live TV’ menggunakan Rangkaian 5G samsung di Broadcast Village, Gran Via. Ia akan dipancarkan secara langsung di seluruh tempat dan 280 buah hotel di Barcelona ketika rancangan tersebut berlangsung.

Selain itu, demonstrasi secara langsung teknologi 5G berkuasa untuk industri: Samsung, Cisco dan Orange Spain akan menunjukkan kepelbagaian penggunaan teknologi 5G dan betapa rendahnya latency dan kelajuan tinggi boleh digunakan dalam industri di Orange booth (Hall3 3K10).
Dalam pada itu, Samsung juga akan melakukan demonstrasi secara langsung kecerdasan buatan berdasarkan pengurusan rangkaian 5G dengan Zhilabs. Ia membantu menguruskan rangkaian 5G di tahap optima.

Tambahan lagi, Samsung bakal mempamerkan generasi terbaharu cipset 5G Radio Frequency (RF) yang menyokong 28GHz dan 39GHz. Menerusi cipset ini, Samsung 5G base stations dianggarkan sekitar 25% lebih kecil, ringan dan kurang penggunaan tenaga.
Portfolio cip Samsung termasuklah Exynos Modem 5100 yang dihadirkan dengan 3GPP 5G NR standard untuk menyokong spektrum baharu termasuklah di bawah dan di atas 6GHz bagi untuk kelajuan data yang lebih pantas sehingga 6Gbps.
♦ Ikuti laporan MWC 2019 di sini. ♦
____________________________________
Baca juga:
- Zon Perbandingan : Samsung Galaxy S10+ / HONOR View20 / HUAWEI Mate 20 Pro…
- Samsung Galaxy S10+ Mencatat Skor DxOMark Tertinggi, Setaraf Dengan HUAWEI Mate 20 Pro!
- Samsung Perluas Fungsi Bixby – Lancar Sokongan Untuk Bahasa Baru
- Percuma Samsung Galaxy S10e Hanya Dengan Pelan Celcom Mobile Platinum Plus! Tempahan Bermula Sekarang!
- Perbandingan Spesifikasi Penuh Siri Samsung Galaxy S10

