- Iklan -

vivo baru sahaja menambah pewaris baharu untuk siri keluarga v mereka iaitu vivo V15 Pro. Peranti ini merupakan yang pertama di dunia terbina dengan sokongan kamera swafoto pop-up sebesar 32MP.

Selain kelihatan menawan daripada luar, peranti ini turut dimuatkan dengan sejumlah spesifikasi terbaik yang tidak boleh dipandang ringan. Termasuklah : Dijana cip pemproses Snapdragon 675, memori 6GB, storan 128GB, dan bateri 3,700mAh.

 

Hadapan :

Peranti ini hadir dengan rekaan yang lebih segar dan elegan. Paparan bersaiz 6.39 inci dilihat lebih dari memadai serta mampu memuaskan penggunaan. Lebih besar skrin, lebih banyak benda boleh dilihat!

Tiada sebarang takuk disertakan, sebaliknya ia hadir dengan rekaan kamera swafoto ‘pop-up’ seakan vivo NEX. Kamera ini membawakan sensor sebesar 32MP dan terdapat bunyi yang agak unik apabila ia diaktifkan.

 

Belakang :

Panel belakang peranti terlihat indah dengan hiasan warna cerun yang berjaya memukau pandangan sekaligus membuatkan kami terpaku sejenak! Peranti ini dilihat membawakan sokongan sistem tri-kamera utama yang disusun secara menegak pada sudut kiri atas. Kamera utama ini menawarkan sensor 48MP (f/1.8) + 8MP(f/2.2)+ 5MP(f/2.4) bersama ketersediaan LED Flash.

 

Sisi Kiri & Sisi Kanan :

Binaan sisi peranti ini dilihat hadir dengan kemasan yang diperbuat daripada logam. Pada sisi kiri terdapat ketersediaan slot kad mikro SD dan butang tambahan untuk mengaktifkan Google Assistant. Seterusnya, sisi kanan pula terletaknya butang kuasa dan laras suara.

Sisi Kiri
Sisi Kanan

 

Sisi Atas & Sisi Bawah :

Beralih pada bahagian atas, terdapat kamera ‘sorok’ bersama ‘lubang’ kegemaran ramai iaitu bicu audio 3.5mm. Akhir sekali, bahagian bawah peranti pula membawakan ketersediaan slot SIM, sambungan micro-USB dan pembesar suara.

Bahagian Atas
Bahagian Bawah

Sejujurnya, peranti ini mempunyai keunikan tersendiri apabila meletakkan slot SIM dan slot kad Micro-SD secara berasingan. Ini adalah pandang pertama kami untuk vivo V15 Pro sebelum pelancaran rasminya di Malaysia pada 26 Februari 2019 (ESOK). Nantikan ulasan penuh mengenai peranti ini daripada kami dalam masa terdekat…

____________________________________________

Artikel Berkaitan: