vivo V15 Dan V15 Pro Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 26 Februari

Bagi peminat telefon pintar vivo pastinya menantikan peranti-peranti terbaharu daripada mereka. Justeru, pada 26 Februari ini, vivo akan melancarkan secara rasmi 2 peranti terbaharu mereka iaitu vivo V15 dan V15 Pro Di Malaysia.

Spesifikasi telefon ini masih tidak diketahui namun menurut khabarnya ia disertakan dengan skrin bersaiz 6.39 inci Super AMOLED dan dikuasakan oleh Snapdragon 657. Dari aspek memori pula dikatakan ia sebesar 6GB RAM dan sotran 128GB. Baterinya juga tidak mengecewakan apabila ia didatangkan dengan 3700mAh.

Dari aspek kamera pula, berkemungkinan ia dihadirkan dengan 48+8+5MP pada kamera utama dan 32MP pada kamera swafoto. Apa yang menarik telefon ini didatangkan dengan kamera pop up bagi kamera swafoto.

_______________________________

Baca juga:

You might also like