
Siri HUAWEI P30 Bakal Dilancarkan Pada 26 Mac 2019 Di Paris

Siapa yang tidak mengenali jenama telefon pintar HUAWEI. Keterujaan menunggu kehadiran siri HUAWEI P30 pastinya dirasai oleh semua orang pada ketika ini. Apa yang pasti, tarikh pelancarannya sudahpun diketahui.
Tarikh rasmi pelancaran peranti ini adalah pada 26 Mac 2019 yang bakal berlangsung di kota terkemuka dunia, Paris. Dengan menggunakan Slogan ‘Rewrite The Rules’ pastinya akan menimbulkan keterujaan buat peminat peranti ini.

Sebelum ini telah terdedah bahawa kamera Huawei P30 Pro akan tampil dengan susunan vertikal dan disertakan dengan flash LED disebelah kanan. Dalam pada itu, P30 ‘Vanilla’ pula dikhabarkan akan disertakan dengan 3 kamera dengan susunan vertikal dan flash di bawah. Di bahagian hadapan peranti pula disertakan dengan takuk waterdrop yang dilihat persis seperti Mate 20X dan mate 20. Namun kesahihannya perlu kita nantikan pada perasmian itu nanti.
Jadi ayuh kita sama-sama nantikan pelancaran Peranti ini pada 26 Mac ini.
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
___________________________
Baca juga:

