
Bersempena dengan ketibaan peranti terbaharu dari HUAWEI iaitu HUAWEI Nova 4, serta sambutan Hari Kekasih, HUAWEI telah menganjurkan jatuhan belon yang mana pembeli bertuah akan berpeluang untuk memenangi lebih dari 2 ribu hadiah dan baucer bernilai sehingga RM150,000 termasuklah 1 unit HUAWEI Nova 4. Hadiah lain termasuklah baucer HUAWEI, Baucer dari rakan VIP Nova, Zalora dan HappyFresh.
[ Reviu Eksklusif : HUAWEI Nova 4 Penerus Legasi Kegemilangan Siri Nova ]
Aktiviti ni berlangsung ketika Roadshow HUAWEI Nova 4 di pusat beli-belah Sunway Pyramid. Mereka yang menyertai aktiviti menyeronokan ini kebanyakannya adalah pasangan begitu seronok memecahkan belon-belon tersebut yang jatuh dari atas.

Selain daripada itu, aktiviti lain yang turut dijalankan ialah ‘Amazing Nova Search’. Aktiviti ini akan menguji ketangkasan para peserta bagi merebut peluang memenangi salah satu peranti HUAWEI Nova 4.
Lebih dari 100 peserta telah terlibat dalam perlumbaan ini di dalam pusat beli-belah ini bagi mencari Agen rahsia HUAWEI Nova untuk mengumpul 4 kad yang tertera huruf ‘nova’.

HUAWEI Nova 4 ini dijual pada harga RM1899 yang mana ia dihasilkan untuk golongan muda dan merangkumi generasi milenium. Disertakan dengan 8GB RAM + 128GB ROM dan kapasiti bateri sebanyak 3750mAh. Peranti ini tersedia dalam dua edisi warna iaitu Crush Blue dan Hitam.

[ #4 Rahsia Gambar Makanan Jadi Menarik Sampai Meleleh Air Liur – Lagi Best Guna HUAWEI Nova 4! ]
Peranti ini boleh dibeli di mana-mana HUAWEI Experience Stores, Zon paparan, pengedar sah dan syarikat telco utama.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh melayari laman sesawan HUAWEI atau laman rasmi Facebook HUAWEI.
________________________________
Baca juga:
- [WWDC 2018] Kenali 14 Fungsi Dan Ciri Baharu Yang Menarik Didalam iOS 12
- Pulau Sipadan Jadi Pilihan Rakaman Video Nada Dering Samsung Galaxy S10
- 😭 Model iPhone Berikut Mungkin Tidak Dapat Menyokong iOS 13?!
- Energizer Power Max P18K Pop, Telefon Pintar Dengan Kapasiti Bateri 18000mAh
- [ Tertiris ] vivo Sub Jenama – iQOO Terdedah Peranti Lipat…
- 84 Juta Fail Digital Cetak Rompak Dimuat Turun Pada 2018

