
Energizer Power Max P18K Pop, Telefon Pintar Dengan Kapasiti Bateri 18000mAh

Telefon pintar Android dengan kapasiti bateri sebanyak 18000mAh akan dilancarkan oleh Energizer yang dikenali sebagai Energizer Power Max P18K Pop. Ini merupakan kapasiti bateri terbesar yang digunakan pada telefon pintar. Justeru, Energizer telah berkongsi spesifikasi serta rekaan yang terdapat pada peranti ini.
Peranti ini dihadirkan dengan saiz skrin sebesar 6.2 inci FHD+ dan dikuasakan oleh pemproses MediaTek P70. Dari aspek memori pula, ia dihadirkan dengan memori sebesar 6GB RAM dan storan sebanyak 128GB.
Kamera juga tidak mengecewakan apabila ia disertakan dengan 12MP + 5MP + 2MP pada kamera utama dan 16MP + 2MP pada kamera hadapan. Kamera hadapan bagi peranti ini adalah kamera pop up yang mana memberikan paparan penuh pada skrin tanpa sebarang gangguan.
Menurut Energizer, kapasiti bateri sebanyak 18000mAh ni akan memberikan daya tahan bateri telefon selama 50 hari dengan sekali cas. Lebih menarik, pengguna boleh membuat panggilan selama 90 jam, mendengar muzik selama 100 jam dan menonton video tanpa henti selama 2 hari.

Tambah mereka lagi, sistem pengecasan pantas peranti ini disokong menerusi port USB type-C, namun format pengecasan belum diketahui.
Peranti ini bakal diumumkan secara rasmi pada MWC 2019 Barcelona pada hujung bulan ini.
________________________________
Baca juga:
- YB Gobind Singh: Penawaran Internet Lebih Pantas Pada Harga Lebih Murah
- Memacu Kejayaan 2018 Bersama vivo
- AirPods Versi Caviar – Kemasan Emas Berharga RM2,400
- Video Acah OPPO F11 Pro Muncul Di Media Sosial – Hadir…
- Senheng Membuka Daftar Minat Untuk Samsung Galaxy S10
- Menangi 1 Juta Hadiah Menerusi Kempen Xpax ‘Spin To…

