YB Gobind Singh: Penawaran Internet Lebih Pantas Pada Harga Lebih Murah

Hari ini adalah hari kerja pertama Yang Berhormat Gobind Singh Deo a/l Karpal Singh atau lebih dikenali sebagai Gobind Singh Deo, selaku Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia baharu.

Menurut beliau, beberapa perkara yang akan menjadi fokus utama kerajaan baru untuk dicapai. Selain Akta Anti-berita Tidak Benar yang digazetkan secara rasmi pada April lepas akan dikaji semula atau dimansuhkan perlu diambil tindakan segera, satu lagi perkara penting perlu dititikberatkan adalah berkaitan dengan kelajuan rangkaian jalur-lebar di Malaysia.

Tambahnya lagi, sering mendengari aduan pengguna mengenai kelajuan Internet di Malaysia yang kurang memuaskan. Oleh itu, kerajaan baharu akan berusaha untuk mempertingkatkan kelajuan jalur-lebar di Malaysia dengan tawaran harga yang lebih mampu milik (separuh harga).

Perjanjian ini amat dialu-alukan oleh rakyat Malaysia, tetapi buat masa kini beliau mengatakan perlu mengambil sedikit masa untuk melaksanakannya. Jadi, sama-sama kita nantikan berita baik dari Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

 

 

You might also like