Rasmi! Honor 10 Dilancarkan Di Malaysia Dengan Tanda Harga RM1,699!!!

Hari ini adalah tarikh yang ditunggu-tunggu oleh peminat honor seluruh Malaysia apabila honor Malaysia secara rasminya melancarkan honor 10 ke pasaran tempatan.

Terkenal dengan jenama ‘orang muda’, peranti ini merupakan sebuah peranti kelas induk yang hadir dengan kelengkapan sebuah telefon pintar premium seperti reka bentuk yang kompak, skrin bertakuk, binaan gelas unik, dan kamera berteknologi AI (kecerdasan buatan).

Honor 10 didatangkan dengan skrin bersaiz 5.84-inci IPS LCD FHD+ beresolusi 2280 x 1080 piksel membawakan paparan bertakuk di atas. Ruang dalaman dikuasakan Kirin 970 diiikuti memori RAM sebesar 4GB dan storan seluas 128GB tanpa sokongan kad microSD.

Pada jabatan kamera, peranti ini menyediakan dwi kamera di bahagian belakang yang menggabungkan sensor 16 Megapiksel f/1.8 dan 24 Megapiksel serta bantuan aperture serendah f/0.85 melalui perisian kamera. Kamera swafoto lebih mengangumkan dengan lensa 24 Megapiksel yang menyokong ciri Potrait Lighthing.

Honor 10 didatangkan dengan kemasan warna unik Phantom Green, Phantom Blue, Midnight Black dan Glacier Silver pada harga RM1,699 seunit. Eksklusif pembelian dalam talian di honor dan Shopee akan mendapat hadiah flip cover dan earphone bluetooth secara percuma bermula 24 Mei 2018, 9 pagi.

Sementara itu, jelajah Honor 10 turut diadakan bertempat di pusat membeli-belah 1 Utama, MyTown, Prangin Mall dan SenQ (Cheras Leisure Mall, Tebrau City JB dan Queensbay Mall Penang) bermula 24 Mei 2018.

Selain itu, tawaran rebat tunai sebanyak RM100 sempena sifar GST akan ditawarkan kepada pelanggan honor 10, di mana harga peranti ini hanya RM1,599 pada tempoh 24 Mei hingga 31 Mei 2018 sahaja.

 

Spesifikasi Honor 10:

  • 5.84″ IPS LCD 2280 x 1080p
  • HiSilicon Kirin 970
  • Android 8.1 Oreo / EMUI 8.1
  • 4GB /128GB (tiada slot kad microSD)
  • Dwi 16MP f/1.8 + 24 MP PDAF
  • 24 MP Selfie Potrait Lighthing
  • 3,400mAh Huawei SuperCharge 5V/4.5A
  • Face Unlock, pengimbas cap jari
  • USB Type-C
  • 153g

 

Hands-on! honor 10 ↓↓↓

 

Baca Juga:

 

 

 

You might also like