
HARGA: RM 1,699
Honor 10 bakal dilancarkan di Malaysia pada 22 Mei ini sekaligus menambah lagi pilihan telefon pintar kelas induk di pasaran tempatan. Bagi yang sudah merancang untuk mendapatkan telefon pintar baru, kami cadangkan anda baca dahulu ulasan kami mengenai peranti ini.
Sebelum itu, kami juga ada berkongsi artikel previu untuk Honor 10, jika anda ingin membaca ulasan kami untuk bahagian luaran serta spesifikasi asas yang ditawarkan, apa kata klik sahaja pautan >> PREVIU!! Honor 10, Hadir Dengan Warna Unik!
Hands-on! honor 10 ↓↓↓
Tidak dinafikan, Honor 10 mempunyai rupa luaran yang sangat unik khususnya daripada segi kemasan. Konsep warna Aurora yang diguna pakai lain daripada yang lain dan bukan seperti rekaan gelas biasa yang pada peranti model lain.
ANTARAMUKA
Bersama-sama Android 8.1 Oreo, antaramuka pada peranti ini menggunakan EMUI 8.1 yang dikuasakan cip pemproses Kirin 970.
Sebaik menghidupkan peranti ini, wallpaper latar memang menarik, malah ditambah pula dengan takuk di atas.
Skrin yang luas ini terletak pada badan yang kompak menjadikan proses mengoperasi peranti menjadi mudah dan selesa.
Walaupun hampir setiap sudut boleh dicapai dengan jari, antaramuka pada peranti ini masih mengekalkan mod sebelah tangan untuk digunakan.
Bagi kami ciri ini jarang digunakan dan mengapa perlu digunakan kerana skrin akan menjadi kecil.
HUAWEI SHARE
Apa yang menarik dalam EMUI 8.1 ini ialah ciri Huawei Share. Pemindahan fail antara peranti Honor lebih cepat dan pantas berbanding menggunakan Bluetooth. Ciri ini sebenarnya sudah lama digunakan pada ekosistem iOS pada peranti Apple.

Fail yang boleh dipindahkan pula merangkumi pelbagai format seperti gambar, lagu, kontak, rakaman suara, kalendar, dan lain-lain.

PRIVATESPACE
PrivateSpace merupakan ciri menu ‘tersembunyi’ yang boleh diakses hanya kepada pemegang peranti iaitu pemilik. Mengaktifkan ciri ini membolehkan menu kedua dihidupkan untuk tujuan privasi.
Jika telefon tidak diletakkan dalam keadaan berkunci, menu utama sahaja yang akan dipaparkan. Menu utama yang dimaksudkan ialah selamat untuk diakses oleh pengguna lain.
BATERI
Kapasiti bateri yang dimuatkan ialah 3,400mAh sepadan dengan saiz tubuh badan peranti. Honor 10 turut menyokong pengecasan pantas Huawei SuperCharge yang membolehkan pengguna memenuhkan bateri dalam masa yang singkat.
Ujian proses pengecasan mengambil masa lebih kurang 1 jam 25 minit untuk dipenuhkan. Manakala, tempoh penggunaan pula boleh bertahan dari awal pagi hingga ke awal malam dengan cara penggunan yang kasual.
KAMERA
Honor 10 menggabungkan sensor dwi kamera 24 Megapiksel dan 16 Megapiksel di bahagian belakang. Sistem kamera juga mendapat integrasi AI versi 2.0 yang mampu mengenal pasti lebih daripada 500 objek dan situasi.
AI berfungsi dengan mencantikkan gambar mengikut keadaan seperti contoh melaras warna awan sekiranya kamera dihalakan ke langit. Selain itu, untuk mengambil gambar bunga, AI akan mengoptimumkan tona warna supaya gambar kelihatan lebih menarik.

Fungsi AI pada Honor 10 lebih mudah untuk diaktifkan kerana butang AI boleh ditekan terus daripada paparan utama kamera.

Pengguna tidak perlu membuka bahagian tetapan, seterusnya ciri AI juga boleh ditutup dan dibuka selepas gambar diambil di bahagian galeri.
HASIL GAMBAR
Outdoor



Monochrome


Makro


Makanan

Night Mode
Mengikut turutan tiga gambar ini, kamera pada Honor 10 menyediakan fungsi Night Mode yang boleh merakam gambar dengan cemerlang sekali. Kami menggunakan tripod untuk menyokong kamera daripada bergegar dan bergerak.
Swafoto
Swafoto itu perkara biasa dan hampir kesemua telefon masa kini menawarkan kamera depan dengan efek bokeh. Walaubagaimanapun, tidak semua peranti itu menyediakan ciri latar belakang hitam. Bagi Honor 10, kamera depan 24 Megapiksel ini boleh mengambil gambar dengan efek Potrait Lighthing.
Panorama

RUMUSAN
Honor 10 secara kasarnya sebuah telefon pintar berspesifikasi tinggi yang masih mampu menarik peminatnya daripada segi dalamannya. Oleh kerana menggunakan cip pemproses tahun lepas, sungguhpun sebenarnya ketinggalan jika dibandingkan dengan peranti yang menggunakan cip Qualcomm Snapdragon 845, tetapi keupayaan padanya tidak boleh diabaikan.
Honor 10 hadir dengan aspek luaran yang terperinci lebih-lebih lagi pada warna Aurora yang dihasilkan. Nampaknya pasukan jurutera Honor lebih tertumpu pada bahagian luaran peranti, sementara bahagian dalaman berada di takuk lama. Honor patut berterima kasih kepada AI yang banyak membantu pemprosesan imej.
Walaupun bukan dipadankan dengan skrin penuh dengan ruang dagu sedikit tebal di bawah, namun telefon ini nampak canggih disebabkan teknologi pengimbas cap jari di bawah panel gelas. Ia tidak lagi menggunakan pengimbas cap jari tradisional yang timbul daripada permukaan.
Dengan kesemua kelengkapan yang ada pada Honor 10, adakah ia akan dijual pada harga RM1,999 yang dibocorkan minggu lepas? Kita nantikan pengesahan rasmi pada hari pelancaran 22 Mei nanti.


