Pengguna Huawei nova 2 Plus Boleh Sertai Program Beta Android 8.0 Oreo Sekarang!

Berita baik kepada para pengguna Huawei nova 2 Plus, anda kini boleh menyertai program Android 8.0 Oreo beta selepas pihak Huawei Malaysia mengumumkannya hari ini.

Melalui kemas kini Android Oreo dan antaramuka EMUI 8.0 beta ini, ia membolehkan peranti nova 2 Plus beroperasi dengan lebih efisyen disamping prestasi telefon lebih optimum dan lebih lancar. Perisian ini juga menawarkan cadangan pintar bagi memudahkan pengguna yang mampu menjangka tabiat pengguna.

Jika berminat untuk sertai, sila ikut langkah-langkah di bawah:

  • Muat turun aplikasi beta di telefon pintar.
  • Klik ikon untuk memulakan langkah.
  • Sila terima terma dan syarat.
  • Pengguna dikehendaki memasukkan Huawei ID.
  • Jika tiada Huawei ID, pengguna boleh cipta akaun baru dengan memasukkan e-mel atau nombor telefon.

Huawei nova 2 Plus dilancarkan tahun lalu menawarkan sebuah telefon pintar dengan kamera swafoto 20 Megapiksel dan dwi kamera utama 12 + 8 Megapiksel. Perkakasan utama menggunakan cip Kirin 659 bersama-sama storan seluas 128GB. Bateri yang tersedia ialah berkapasiti 3,340mAh melalui USB Type-C.

Huawei nova 2 Plus kini berharga RM1,399 dan boleh dibeli di kedai rasmi atas talian, Lazada.

You might also like