Dato’ Lee Chong Wei Dilantik Sebagai Duta Jenama XOX Mobile

1223
- Iklan -

xox1XOX Mobile selaku telco yang semakin meningkat naik di negara ini telah melantik pemain badminton nombor satu negara iaitu Dato’ Lee Chong Wei selaku duta jenama untuk tempoh dua tahun. Berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh Pengarah Urusan Kumpulan XOX Mobile iaitu Datuk Eddie Chai, XOX sehingga kini memiliki lebih 920,000 pelanggan yang kebanyakannya terdiri daripada pengguna prabayar. Tambah beliau, XOX Mobile telah merancang untuk membelanjakan kira-kira RM30 juta bagi strategi pemasaran untuk meningkatkan tahap kesedaran penjenamaan dan juga aktiviti promosi sepanjang tahun 2016 ini. Dengan kemunculan Dato’ Lee Chong Wei sebagai duta jenama, ia diharapkan mampu menarik perhatian di kalangan peminat sukan tersebut, sekaligus meningkatkan jumlah pelanggan pada masa akan datang.