Pakej Hero Plus U Mobile Membolehkan Anda Berkongsi Data Internet

top-image

U Mobile telah mengumumkan satu pelan tambahan kepada pakej pasca bayar Hero P70, pelan yang dikenali sebagai Hero Plus membolehkan anda dan pasangan berkongsi 10 GB data internet. Selain itu anda juga ditawarkan panggilan percuma ke semua rangkaian apabila mendaftar untuk menggunakan pelan ini. Pakej ini juga tidak terhad kepada dua talian, anda boleh menggabungkan sehingga 4 talian tambahan di bawah talian utama dan menikmati penjimatan pada kadar bayaran RM 55 bagi satu talian. Untuk mendapatkan informasi yang lebih lengkap, anda bolehlah melayari laman web https://www.u.com.my/postpaid/hero-plus

You might also like