

Minggu ini Samsung bakal melancarkan telefon pintar Galaxy Note 8 di Malaysia. Orang ramai boleh menyaksikan acara perasmian itu 21 September ini di Pavilion, Kuala Lumpur. Dalam masa yang sama, Samsung Malaysia juga mengadakan tawaran menarik kepada anda yang membuat pembelian ke atas peranti terbaru itu.
Oleh itu, kepada mereka yang berhasrat untuk membeli Samsung Galaxy Note 8 dari 21 September hingga 24 September depan, akan akan diberikan Samsung Gear VR bernilai RM499 secara percuma. Selain itu, pembeli juga akan menerima Samsung Screen Protection berharga RM149 dimana menawarkan gantian skrin sekiranya berlaku keretakan.

Samsung Galaxy Note 8 didatangkan dengan paparan Infinity Display bersaiz 6.3 inci bersama fungsi S-Pen. Reka bentuk bersegi yang diperbaharui ini dilengkapi dengan cip pemproses Exynos 8995 yang dijana oleh bateri sebesar 3,300mAh. Turut dibekalkan ialah memori RAM 6GB dan storan sebanyak 64GB dengan sokongan kad microSD.
Apa yang penting, kali ini Samsung menyertakan fungsi penstabilan imej optikal (OIS) di kedua-dua sensor kamera utama. Telefon kalis air ini dijual pada harga RM3,999 sebuah termasuk GST.

