OPPO F11 Pro (6GB + 128GB) Turun Harga – Kini Dijual Pada RM1,199!

Berita baik buat semua peminat tegar OPPO! Bagi korang yang berkira-kira nak beli OPPO F11 Pro tu, bolehlah beli sekarang. Eh, kenapa?

OPPO Malaysia menawarkan tanda harga baharu untuk OPPO F11 Pro (6GB+128GB) – yang kini dijual pada harga RM1,199 sahaja (harga asal : RM 1,299) – Ketersediaan bermula sekarang.

Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkan peranti ini menerusi beberapa saluran berbeza termasuk OPPO Online Store dan semua kedai konsep OPPO seluruh Malaysia! Tunggu apa lagi? Jom beli sekarang! Maklumat lanjut, layari OPPO.

 

SPESIFIKASI OPPO F11 PRO

  • Sistem Operasi : ColorOS 6.0 + Android 9.0 Pie
  • Paparan Skrin : 6.5″ FHD+ , Rekaan Pop-Up
  • Pemproses : MediaTek Helio P70
  • Memori : 6GB + 128GB
  • Kamera Hadapan : 16MP
  • Kamera Utama : 48MP + 5MP
  • Bateri : 4,000 mAh (micro-USB) + VOOC 3.0
You might also like