Redmi Menggoda Hasil Gambar Dari Smartphone Pertama Dengan Sokongan Lensa 64MP

Sejak kebelakangan ini, korang akan perasan pengeluar telefon pintar berlumba-lumba menghasilkan smartphone dengan lensa 64MP. Redmi juga dilihat tidak terkecuali apabila kini mula menggoda orang ramai dengan hasil foto dari lenda 64MP menerusi laman Weibo.

Memetik imej dikongsi, kualiti yang terhasil dilihat pada tahap terbaik dengan pendedahan tahap kejelasan yang padu bersama kemasan butiran yang teliti meskipun ia di zoom pada jarak yang sangat dekat. Pun begitu, tiada maklumat lanjut yang dikongsi dan Redmi dilihat masih berteka-teki mengenai peranti tersebut.

[BACA : Redmi Didakwa Bangunkan Telefon pintar Dengan 64MP? ]

Terdahulu, CEO Realme juga pernah mengacah hasil foto dari lensa 64MP menerusi laman twitter rasminya. Untuk makluman, Realme dan Samsung juga merupakan antara jenama lain yang juga dikatakan sedang membangunkan smartphone dengan lensa 64MP.

You might also like