
Redmi Didakwa Bangunkan Telefon pintar Dengan 64MP?
Jenama telefon pintar yang popular Redmi kini dikhabarkan akan menyertakan sensor 64MP ISOCELL Bright GW1 pada peranti keluarannya.
Ia dikatakan akan dilancarkan di China. Namun masih belum ada kesahihan tentang khabar angin ini.
Dikhabarkan, sensor ini disertakan dengan Samsung Tetracell yang membenarkan gambar 16MP bagi gambar waktu malam.
Dijangkakan, ia turut menyokong HDR 100db secara masa nyata. Turut disertakan teknologi Super PD PDAF bagi tujukan pemfokusan yang pastinya lebih tepat dan pantas.
Anda mungkin dapat melihat peranti ini dalam masa beberapa bulan. Jadi sama-sama kita nantikan kesahihannya.