Spesifikasi Qualcomm Snapdragon 670, 640 Dan 460 Tertiris

Pemilik akaun BadGirl8M merupakan individu yang berkongsi spesifikasi pemproses terbaru dari Qualcomm ini.

Apabila sebut sahaja tentang pemproses telefon pintar, Qualcomm Snapdragon sering menjadi pilihan pengguna kerana ia dirasakan lebih berkuasa berbanding sesetengah pemproses yang lain. Baru-baru ini satu dokumen yang memaparkan spesifikasi Qualcomm Snapdragon yang dirancang akan diumumkan pada tahun 2018 nanti telah tertiris di laman sosial Weibo di China.

Berdasarkan kepada ketirisan dokumen itu, ia telah mendedahkan spesifikasi empat pemproses terbaru Qualcomm iaitu Snapdragon 670 yang akan menggantikan Snapdragon 660, Snapdragon 640, Snapdragon 460 dan juga Snapdragon 845 yang sudahpun diumumkan baru-baru ini. Melalui maklumat yang didedahkan ini, ketiga-tiga pemproses Snapdragon dari siri 600 dan siri 400 ini bakal dikuasakan pada peranti kelas pertengahan bagi tahun 2018 nanti.

Walaupun ketiga-tiga pemproses terbaru ini disasarkan untuk peranti kelas pertengahan, ia dilihat masih mampu menawarkan prestasi yang terbaik dengan sokongan teknologi proses 10nm LPP untuk Snapdragon 670 dan Snapdragon 640. Manakala Snapdragon 460 pula tampil dengan teknologi proses 14nm LPP. Malah ketiga-tiga pemproses ini juga turut menyokong sokongan memori RAM yang lebih baik iaitu LPDDR4X.

You might also like