Peluang Untuk Berinteraksi Dengan Selebriti Terkenal Dato’Sri Siti Nurhaliza & Fattah Amin Menerusi Livestream Di Aplikasi TikTok!!!

 

Aplikasi yang sangat popular pada ketika iaitu TikTok kini berkerjasama dengan penyanyi nombor satu negara Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan pelakon popular Fattah Amin dalam kempen #StayAtHome Live! Specials yang mana ia memberi peluang kepada para peminat bertuah untuk berinteraksi dengan mereka selama satu jam pada 21 dan 22 April.

Kedua-dua selebriti ini akan livestreams di aplikasi TikTok dan sesi ‘meet and greet’ dengan peminat setia. Lebih menarik mereka juga akan mempersembahkan lagu terbaharu mereka iaitu secara langsung Bebas and 7 Nasihat.

Berikut adalah waktu siaran livestream tersebut:

  • 21 April: 9 malam – 10 malam (Fattah Amin)
  • 22 April: 9 malam – 10 malam (Dato’ Sri Siti Nurhaliza)

Kempen #StayAtHome Live! Specials akan membawakan seleriti dari pelbagai bidang setiap minggu dan pengguna boleh berinteraksi dengan selebriti kesayangan mereka. Bagi minggu ini, Ceh Bob akan livestream dengan anda pada jam 9 malam hingga 10 malam.

 

 

You might also like