Samsung Memperkenalkan Peti Ais Pintar Dengan Skrin Sentuh Gergasi

meitu_0

CES 2016 akan bermula tidak lama lagi, dan desas desus tentang produk yang bakal dipamerkan sudah mula timbul. Dikhabarkan Samsung akan memperkenalkan peti sejuk pintar yang hadir dengan skrin sentuh gergasi. Skrin sentuh yang dibina pada bahagian kanan panel peti ais itu dilihat mempunyai butang kapasitif yang dapat dilihat pada majoriti peranti Android, namun masih tiada pengumuman rasmi tentang spesifikasi, fungsi dan keupayaan peti sejuk pintar tersebut.

 

 

 

You might also like