
Pasti ramai yang sudah mengetahui tentang peranti BlackBerry Priv yang hadir dengan harga pasaran yang tinggi berbanding model lain, walaupun begitu masih ramai yang ingin memiliki peranti yang dikatakan mempunyai sistem keselamatan terbaik bagi peranti Android. Kini anda boleh memilikinya pada harga yang rendah melalui pelan Celcom FIRST Blue dan Gold.
Anda boleh membawa pulang BlackBerry Priv dengan kontrak pembelian 24 bulan pada kedua-dua pelan. Harga peranti bagi pelan FIRST Blue adalah RM 2,768 dengan bayaran pendahuluan sebanyak RM 250. Manakala pelan FIRST Gold pula menawarkan harga peranti sebanyak RM 2,508 dengan bayaran pendahuluan RM 450.