Perkembangan Terbaru HTC Vive

htc_vive_product_1

Tidak lama dahulu HTC mengumumkan bahawa peranti VR mereka dijangka mengalami kelewatan dan tidak dapat dipasarkan mengikut perangkaan asal. Langkah tersebut diambil kerana HTC merasakan mereka mampu menambah baik peranti VR yang dikenali dengan nama Vive, sebelum ianya dijual kepada umum.

htc_vive_product_4

Baru-baru ini peranti tersebut telah dikeluarkan untuk para pembina aplikasi dan perkakasan, dan terdapat perkembangan yang menarik pada versi terkini Vive, ia hadir dengan kamera yang mampu menggabungkan imej realiti dan virtual menjadi satu imej yang imersif. Selain itu, menurut para pembina yang sudah mencuba Vive tersebut, mereka menyatakan ianya jauh lebih selesa dari versi prototaip sebelum ini.

You might also like