
Nokia is BACK!
Kat dunia ni terdapat dua generasi pengguna, yang pernah guna Nokia dan yang tak pernah guna langsung. Bagi yang membesar dengan Nokia, jenama ini menyimpan pelbagai memori dan sememangnya dianggap sebagai lagenda bagi legasi peranti mudah alih.
Buktinya dahulu orang tak tanya “ You pakai smartphone apa?”, sebaliknya soalan yang diajukan adalah “You pakai Nokia apa?”. Begitu besar impak Nokia pada masa dahulu, apabila era smartphone mengambil alih, perlahan-lahan Nokia hilang taringnya.
Di sebalik timbunan sejarah dan kegemilangan masa lalu, Nokia kini sedang merancang dan memulakan langkah bagi menghidupkan semula empayar mereka. Mungkin mereka telah mendapat pengajaran yang besar apabila menyaksikan Nokia jatuh ketika bernaung di bawah kuasa Microsoft.
Kini Nokia ingin kembali dan telah mengumumkan mereka akan bekerjasama dengan HMD Global menghasilkan telefon, smartphone dan tablet dengan jenama lagenda tersebut. HMD juga telah mengesahkan bahawa peranti generasi baru dari Nokia akan menggunakan sistem operasi Android.
Tak sabarnya!