Pra-Tempahan Huawei Mate 10 Dibuka 19 Oktober 2017

Lanjutan dari pengenalan peranti terbaru Huawei Mate 10 di Jerman, Huawei Malaysia hari ini mengugumkan peminat di Malaysia boleh membuat pra-tempahan telefon pintar tercanggih Huawei bermula 19 Oktober ini sehingga 22 Oktober kelak.

Sebagai ganjaran, pembeli yang membuat tempahan ini akan membawa pulang hadiah keseluruhan bernilai RM999. Ia termasuk sebuah alat penimbang berat pintar Huawei, kotak hadiah premium, dan sekeping kad VIP Huawei – meliputi tiga bulan jaminan skrin retak, satu tahun jaminan, dan perkhidmatan jaminan ke pintu rumah.

Huawei Mate 10 terbaru hadir dengan paparan bernisbah 16:9 FullView Display HDR10 bersaiz 5.9 inci. Pemproses berkuasa HiSilicon Kirin 970, Gelas bodi 3D, dan dwi kamera Leica 20MP + 12MP berteknologi tinggi. Disokong fungsi pengecasan pantas Huawei Super Charge, bateri pula dimuatkan dengan kapasiti sebesar 4,000mAh.

Huawei Mate 10 Diperkenalkan Dengan Paparan QHD, Dwi Kamera Leica

Huawei Mate 10 boleh ditempah pada harga RM2,699 dengan pilihan warna Mocha Brown dan Black bermula 19 Oktober sehingga 22 Oktober 2017 di laman atas talian Vmall atau di kedai Huawei Experience Store seluruh Malaysia. Penghantaran peranti pula akan bermula 28 Oktober depan. Maklumat lanjut boleh layari Facebook Huawei Malaysia.

You might also like