Samsung Galaxy Note FE Boleh Di Pra-Tempah Mulai 18 Oktober 2017

Minggu lepas kita difahamkan Samsung Malaysia Electronics (SME) akan membawa masuk Samsung Galaxy Note FE ke pasaran tempatan.Melaluinya, pihak Samsung hari ini mengumumkan bahawa peranti ini boleh mula di pra-tempah pada 18 Oktober 2017 sehingga 24 Oktober depan.

Setiap pembelian Galaxy Note Fan Edition, pelanggan akan menerima jaminan tambahan bersama jaminan perlindungan skrin selama satu tahun. Pelanggan hanya ditawarkan peranti dalam pilihan warna Black Onyx sahaja.

Samsung Galaxy Note FE Akan Mula Dijual 25 Oktober Depan – RM2,599

Peranti yang sudah di pra-tempah boleh dikutip bermula 25 Oktober sehingga 31 Oktober kelak di mana-mana Samsung Experience Store atau kedai yang mengambil bahagian.

Samsung Galaxy Note FE dijual pada harga RM2,599 termasuk GST.

You might also like