
Sebagai memberikan penghargaan kepada pengguna, Oppo telah menawarkan kad microSD 32GB secara percuma kepada mereka yang membuat pembelian OPPO A3s 3GB bermula 14 September ini! Difahamkan peranti ini dijual pada harga yang sangat menarik iaitu hanya RM899 seunit.
Untuk pengetahuan semua, A3s 3GB hadir dengan skrin bersaiz 6.2-inci beresolusi HD+. Peranti pintar ini dijana oleh cipset Snapdragon 450 bersama bersama memori sebesar 3GB RAM dan storan sebesar 32GB.
Dari segi kualiti rakaman gambar pula, kamera utama peranti ini hadir dengan sensor 13MP + 2MP manakala kamera depan 8MP disamping bateri berkapasiti 4,230mAh didalamnya.