Samsung Galaxy Tab A Diperkenalkan Dengan Butang Bixby

Samsung telah melancarkan tablet terbaru mereka iaitu Galaxy Tab A. Peranti ini diumumkan dengan fungsi Bixby dengan dua varian 4G dan WiFi. Ia dilengkapi paparan 8 inci beresolusi 1280 x 800p yang dikuasakan oleh cip pemproses 1.4Ghz. Memori pula hadir dengan RAM 2GB dan storan dalaman 16GB.

Dengan ketebalan hanya 8.9mm, tablet ini dimuatkan bateri sebesar 5,000mAh untuk kegunaan seharian. Sementara kamera pula, sensor 8 Megapiksel diletakkan di bahagian belakang dan 5 Megapiksel untuk bahagian depan.

Ciri menarik seperti integrasi bantuan maya Bixby akan memudahkan pengguna untuk mendapatkan maklumat dengan lebih pantas. Ini termasuk ciri Home Mode yang akan memaparkan info penting harian seperti kalendar, cuaca, dan masa apabila tablet sedang dicas.

Buat masa ini, Samsung Galaxy Tab A dipasarkan di Korea Selatan dengan harga runcit iaitu KRW264,000 (lebih kurang RM998) untuk versi WiFi dan KRW308,000 (lebih kurang RM1,164) untuk versi 4G. Namun, tiada maklumat lanjut mengenainya untuk pasaran tempatan.

You might also like