Qualcomm X60 5G Diumumkan – Seni Reka Pemproses 5nm & Kelajuan Muat Turun Mencecah 7.5Gbps

Qualcomm secara rasminya melancarkan modem 5G generasi ketiga keluarannya – Qualcomm X60. Ia merupakan pertama dibina menggunakan proses 5nm – ini menghasilkan penggunaan kuasa lebih rendah untuk peranti yang lebih lancar. Sekaligus, membolehkan kelajuan muat turun mencecah 7.5Gbps dan muat naik secepat 3Gbps.

Sama seperti X55, X60 menyokong rangkaian 2G hingga 5G. Ia mempunyai keupayaan untuk mengagregatkan rangkaian sub-6 yang lebih perlahan dengan spektrum mmwave lebih pantas – meningkatkan prestasi keseluruhan. Cip baru ini juga dilengkapi dengan modul QTM535 mmWave yang dikemas kini. X60 dijangka muncul pada peranti mulai awal 2021.

You might also like