Pasukan Malaysia Raih Kejuaraan Di Taiwan Excellence Esports Cup (TEEC) Grand Finale!!

1 berita yang membanggakan apabila Tiga juara Malaysia telah mengharumkan nama Malaysia setelah berjaya merangkul kejuaraan Taiwan Excellence Esports Cup yang disertai oleh penyertaan 30 pasukan sekaligus meraih wang hadiah dibahagikan bernilai RM113,000 antara kumpulan peserta-peserta.

Ketika pertandingan berlangsung, Sebanyak 30,000 penonton turut menyaksikan acara Grand Finale secara atas talian dan seramai 17,389 pengunjung telah hadir di Berjaya Times Square sempena acara Grand Finale yang diadakan di peringkat kejohanan yang berlangsung selama tiga hari ini.

Sambutan yang mengalakkan ini ekoran daripada jenama-jenama esport Taiwan seperti Aero, Aorus, CoolerMaster, InWin, MSI, Predator, Republik of Gamers (ROG), TeamGroup, Thermaltake, Transcend, XPG, ZADAK dan Zowie telah memberikan sokongan padu kepada pertandingan ini.

Perjalanan pasukan Malaysia ini bukan mudah apabila terpaksa menempuhi pertandingan tanpa henti dari April lau melalui beberapa peringkat untuk menempatkan mereka di Grand Finale Taiwan Excellence Esports Cup.

Juara-juara Malaysia baru ini telah bertanding dalam tiga kategori gaming utama; CS: GO, DotA 2 dan League of Legends, dengan setiap pasukan berjaya pulang dengan RM10,000.

Bagi pasukan yang memenangi CS:GO, destinasi mereka seterusnya adalah ke Taiwan untuk mengambil bahagian dalam perlawanan “friendly” yang mana ia akan ditaja sepenuhnya. Mereka bakal bersaing dengan juara-juara lain dari Taiwan, Thailand, Filipina dan India untuk hadiah utama yang bernilai $2,000 (kira-kira RM8369).

Pemenang-pemenang dan hadiah-hadiah TEEC 2019

CSGO:
Pasukan pemenang : FrostFire (RM10,000)
Tempat kedua: Orange Esports. Chymera (RM5000)
Tempat ketiga: Geek Fam (RM3000)

Dota 2:
Pasukan pemenang : Flower Gaming (RM10,000)
Tempat kedua: Dota Hero (RM5000)
Tempat ketiga: Never Win Before (RM3000)

LoL:
Pasukan pemenang : Pepega (RM10,000)
Tempat kedua: 5 Blademasters (RM5000)
Tempat ketiga: Team bob (RM3000)

____________________________

Artikel Berkaitan:

 

You might also like