OnePlus 3/3T, 5/5T & 6 Akan Menerima Kemas Kini Utama Versi Android Selama 2 Tahun?!

939
- Iklan -

OnePlus sememangnya terkenal di kalangan peminat tegar Android kerana ia merupakan sebuah peranti flagship yang menjanjikan sokongan spesifikasi terbaik pada harga yang sangat kompetitif di pasaran.

Bahkan OnePlus juga tidak pernah mengecewakan dalam soal penerimaan kemas kini secara berterusan. Terbaru, pihak OnePlus telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung polisi kemas kini untuk peranti keluarannya.

Melalui forum rasminya, OnePlus telah mengumumkan pelancaran ‘OnePlus Software Maintenance Schedule’ yang menjanjikan penerimaan kemas kini selama dua tahun dari tarikh model itu diperkenalkan. Penerimaan kemas kini ini termasuklah penawaran fungsi baharu, versi Android utama, ciri keselamatan Android serta pembetulan bug.

Lebih menariknya, OnePlus turut menjanjikan penyediaan kemas kini untuk tempoh satu tahun lagi bagi memastikan perantinya menerima kemas kini keselamatan Android untuk setiap dua bulan. Namun begitu, program ini hanya tersedia untuk model terpilih iaitu OnePlus 3/3T, 5/5T dan juga OnePlus 6 berkuat kuasa serta merta.

Sumber