Acer Predator X27, Menjanjikan Pengalaman Bermain Permainan Video Lebih Lancar!

Monitor Predator X27 menampilkan teknologi Quantum Dot yang menawarkan julat warna lebih luas, bersama tahap kecerahan, kepadatan dan ketepatan lebih tinggi untuk visual yang jelas serta menyokong 99% ruang Adobe RGB. Selain teknologi Quantum Dot, monitor ini dilengkapi NVIDIA G- Sync untuk permainan video yang lancar.

Selain menjanjikan pengalaman bermain permainan video yang lancar, monitor Predator X27 didatangkan dengan teknologi Predator HDR Ultra. Ia menawarkan kualiti kontras julat berdinamik tinggi yang terbaik melalui pemalapan LED pada 384 zon yang dikawal secara berasingan serta hanya akan memancarkan cahaya apabila dan di mana ia diperlukan.

Dengan memalapkan lampu latar di bahagian belakang, skrin mampu memaparkan warna hitam yang lebih dalam gelap. Sekali gus memberi kelebihan apabila menonton video atau bermain permainan video yang mempunyai adegan-adegan gelap. Sudut tontonan 178 darjah menawarkan ruang menonton yang maksimum dan memastikan permainan dapat dilihat dengan jelas dari pelbagai posisi.

Lebih menarik, Predator X27 bersaiz 27 inci memiliki alat pengesan lampu ambien binaan dalam yang akan mengubah suai tahap kecerahan secara automatik dengan cara mengukur kondisi cahaya di sekitarnya. Bahagian atas Predator Shield boleh dibuka berdasarkan kepada keperluan pemain. Manakala bahagian dalam diperbuat daripada material anti silau untuk menghalang masalah silau yang disebabkan oleh lampu ambien.

Dilengkapi dengan Predator GameView, monitor-monitor yang unik ini boleh diubah dan disimpan dalam tiga mod khas yang mudah ditukar oleh pemain ketika bermain seperti mod Standard, ECO, Graphic dan Movie.

Ditawarkan pada harga RM9,999, Predator X27 boleh didapati mulai pertengahan Julai 2018 di semua pengedar sah Acer di seluruh negara.

Acer Predator Aethon 500

Selain monitor, Acer turut memperkenalkan sebuah papan kekunci terbaru yang diberi nama Predator Aethon 500. Papan kekunci mekanikal ini sangat tahan lasak dengan jangka hayat 70 juta kali tekanan pada setiap kekuncinya. Kini, pemain boleh mengubah suai setiap satu kekunci dengan 16.8 juta pilihan warna menerusi aplikasi PredatorQuartermaster.

Ditawarkan pada harga RM739, papan kekunci ini boleh didapati hari ini di semua kedai rasmi dalam talian dan pengedar sah Acer yang terpilih di seluruh negara.

Maklumat lanjut, sila layari laman Facebook Acer Malaysia atau hubungi Acer Product Infoline di talian 1800-88-1288 (9am – 6pm, Isnin hingga Jumaat).

You might also like