ShopPlus Dilancarkan Di Malaysia – Memperkenalkan Sistem On-The-Go Pertama Di Malaysia

Sejak akhir-akhir ini rakyat Malaysia lebih tertumpu untuk membeli-belah secara atas talian sekaligus ia dapat menjimatkan masa tanpa perlu bersesak dan beratur panjang di pusat membeli-belah. Dengan itu, Shoppus secara rasminya telah melancarkan kedai barangan digital mereka khusus untuk anda yang inginkan produk dari pelbagai jenis termasuk dari Taiwan.

Shopplus juga disasarkan kepada orang ramai dengan inisiatif supaya platfom sebegini dapat memberikan manfaat di mana pembeli boleh membeli-belah, berkongsi, dan memperoleh wang tunai serta merta daripada sistem tersebut. Majlis ini juga telah disaksikan oleh Timbalan Menteri Industri dan Perdagangan Antarabangsa, Datuk Chua Tee Yong.

Sebagai tambahan, Shopplus menawarkan rebat bonus tertinggi yang memberikan pulangan tiga kali ganda dengan usaha perkongsian dan membeli-belah. Platfom ini juga disokong oleh kumpulan teknikal dari Taiwan yang sudah berpengalaman di sana dan juga di China. Sementara, Malaysia pula adalah negara yang pertama di Asia Tenggara menjalinkan hubungan serta pelaburan sebegini.

Disamping itu, rakyat yang ingin memajukan diri dalam perniagaan boleh menceburi bidang e-dagang bersama Shopplus. Mereka hanya perlu berkongsi laman Shopplus dan Shopplus akan melakukan kerja belakang tabir seperti penyimpanan stok, pemasaran, pengiklanan, penghantaran, dan perkhidmatan pelanggan.

Malahan, Shopplus menyediakan enam kategori utama iaitu fesyen, barangan digital dan elektronik, barangan rumah dan hiasan, sukan dan riadah, bayi dan kanak-kanak serta automotif selari dengan permintaan majoriti rakyat Malaysia.

Setakat ini, Shopplus menyediakan lebih daripada 200 penjual tempatan dengan 20 peratus produk terus dari Taiwan, selebihnya pula adalah produk tempatan. Justeru, kepada anda yang berminat untuk membeli-belah dengan pantas dan mudah boleh terus memuat turun ShopPlus My di Play Store atau App Store mulai hari ini.

You might also like