

Diinspirasikan daripada komputer riba gaming terbaik yang pernah mendapat perhatian umum iaitu model Predator 21 X, Acer kini telah menampilkan pelbagai inovasi terbaik itu di dalam satu kerangka minimali senipis 18.9mm melalui kemunculan Predator Triton 700. Komputer riba ini telah dikuasakan dengan pemproses Intel Core Generasi ke-7 serta kad grafik dari NVIDIA yang menjanjikan prestasi yang terbaik.
Acer Predator Triton 700 telah diperkenalkan dalam dua konfigurasi berbeza iaitu model PT715-51-74MY yang dilengkapi dengan sokongan NVIDIA GTX1080 (8GB GDDR5) dengan teknologi Max-Q, ruang simpanan sebesar 512GB (NVMe SSD), dan juga RAM 32GB DDR4. Manakala model PT715-51-775U pula hadir dengan sokongan kad grafik NVIDIA GTX1060 (6GB DDR5), ruang simpanan sebesar 256GB (NVMe SSD), dan juga RAM 16GB DDR4.

Sokongan sistem Dual AeroBlade 3D Fan Acer yang tampil dengan bilah kipas ternipis di dunia iaitu hanya 0.1mm ini bukan sahaja menjanjikan penyejukan udara yang sangat efisien pada keseluruhan kerangka, malah ia turut dipadankan dengan penggunaan kuasa bateri yang efisien bagi memastikan tempoh penggunaan yang lebih lama.

Kedua-dua konfigurasi Acer Predator Triton 700 ini sudahpun boleh dimiliki di pasaran pada harga RM9,999 untuk konfigurasi NVIDIA GTX1060, dan RM13,999 untuk konfigurasi dengan sokongan kad grafik NVIDIA GTX1080.


