Samsung Perkenalkan A6s Di China – Dihasilkan Oleh Kilang Sama Dengan Telefon Pintar Xiaomi

1028
- Iklan -

Sebelum ini Samsung telah melancarkan dua model terbarunya untuk pasaran tempatan iaitu Galaxy A7 dan Galaxy A9. Terbaru, Samsung sekali lagi melancarkan model baharu di China iaitu Galaxy A6s. Buat pertama kalinya, Samsung menggunakan kilang lain untuk menghasilkan telefon pintar kelas pertengahan ini. Kilang tersebut adalah Wingtech, iaitu kilang yang sama menghasilkan telefon pintar Xiaomi.

Menampilkan paparan skrin berukuran 6-inci Super AMOLED, Galaxy A6s dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 660 bersama kombinasi RAM 6GB dan pilihan memori dalaman sebesar 64GB atau 128GB. Bagi penggambaran pula, telefon pintar ini menawarkan dwi-kamera utama 12MP, sementara kamera hadapan pula beresolusi 12MP.

Ditawarkan pada harga RMB1,1799 (kira-kira RM1,082), tidak diketahui sama ada telefon pintar ini akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia atau tidak. Kepada yang berminat, sama-sama nantikan!

Selain itu, Samsung juga turut melancarkan model Galaxy A9s yang menyokong empat kamera untuk pasaran China. Ia merupakan model yang sama dilancarkan untuk pasaran tempatan sebelum ini, cuma penggunaan nama sahaja yang lain.

Sumber 1 & 2