Barisan Produk Microsoft Surface Diperkenalkan – Harga Bermula RM4,499

Microsoft Malaysia hari ini secara rasminya telah mengumumkan kehadiran Microsoft Surface baharu mereka ke pasaran tempatan, iaitu Surface Pro 7 dan Surface Laptop 3 bermula harga tawaran RM4,499.

Dalam barisan produk baharu ini, Surface Pro 7 diletakkan pada kategori atasan dengan sebilangan spesifikasi lebih unggul.

Skrinnya menggunakan paparan PixelSense bersaiz 12.3”, dikuasakan oleh CPU Intel Core i7/i5 yang menawarkan prestasi 2.3x ganda lebih berkuasa berbanding generasi sebelumnya, serta sokongan memori sehingga 16GB RAM dan storan SSD sebesar 512GB.

Bagi Surface Laptop 3, ia hadir dengan 2 pilihan iaitu 13.5” dan 15” paparan PixelSense, kuasa dalaman dilengkapi CPU Intel Core i7/i5 dengan sokongan memori sehingga 16GB RAM dan storan SSD sehingga 256GB bagi varian 13.5”.

Manakala varian 15” pula, ia dibekalkan CPU AMD Ryzen 5 3580U bersama 8GB RAM dan 256GB SSD. Varian AMD ini akan hanya akan dijual secara eksklusif di Harvey Norman pada dua bulan pertama jualan.

Senarai harga jualan barisan produk Surface:

Surface Pro 7

  • 3″ Intel Core i5, 128GB SSD, 8GB RAM (Platinum): Ketersediaan Jan 2020
  • 3″ Intel Core i5, 256GB SSD, 8GB RAM (Platinum & Matte Black): RM5499
  • 3″ Intel Core i7, 256GB SSD, 16GB RAM (Matte Black): RM6799
  • 3″ Intel Core i7, 512GB SSD, 16GB RAM (Matte Black): RM8299

 

Surface Laptop 3 (13.5″)

  • Intel Core i5, 128GB SSD, 8GB RAM (Platinum): RM4499
  • Intel Core i5, 256GB SSD, 8GB RAM (Matte Black): RM5699
  • Intel Core i7, 256GB SSD, 16GB RAM (Matte Black): RM7099

 

Surface Laptop 3 (15″)

  • AMD Ryzen 5 3580 U, 256GB SSD, 8GB RAM (Matte Black): RM6799 (2 bulan pertama jualan eksklusif untuk Harvey Norman)

 

Aksesori

  • Surface Arc Mouse (Ice Blue, Poppy Red, Black & Platinum): RM339
  • Surface Pen (Ice Blue, Poppy Red, Black & Platinum): RM399
  • Surface Pro 7 Signature Type Cover (Ice Blue, Poppy Red, Black & Platinum): RM639

 

You might also like