Meizu Melancarkan Fon Telinga Baru – Meizu POP & HALO

Meizu POP – Sokong pengiktirafan IPX5

Seiring pelancaran Meizu 15 Plus, 15 dan 15 Lite baru-baru ini, Meizu turut melancarkan aksesori audio terbaru mereka iaitu Meizu POP dan HALO.

Meizu POP ini adalah fon telinga tanpa wayar yang hadir bersama bekas simpanan kotak yang boleh mengecas peranti walau di mana sahaja berada. Mempunyai kawalan sentuhan sensitif, ia membolehkan pengguna mengawal muzik dan juga mengakses pembantu digital dengan mudah.

Pengecasan tanpa wayar

Sokongan bateri sebesar 85mAh pada kedua-dua fon telinga mampu bertahan sehingga 3 jam dengan sekali isian penuh. Manakala bekas simpanan pula menyokong bateri berkapasiti 700mAh yang memberikan 12 jam masa tambahan.

Meizu HALO

Sebuah lagi model diperkenalkan adalah Meizu HALO. Diperbuat daripada Corning Fibrance Light-Diffusing Fibers yang dinyalakan oleh diod laser dari OSRAM yang dikatakan 5x lebih terang jika dibandingkan dengan LED biasa.

Meizu HALO berupaya menghasilkan cahaya dalam dua warna iaitu merah dan biru, ia mampu bertahan sehingga 15 jam dengan adanya bateri berkapasiti 360mAh.

Menghasilkan cahaya dalam dua warna iaitu merah dan biru

Kepada yang berminat, anda boleh mendapatkan fon telinga ini, Meizu POP dijual pada harga RMB499 (kira-kira RM311), manakala Meizu HALO pula berharga RMB999 (kira-kira RM622). Ia akan mula dijual pada 29 April 2018 untuk pasaran China sahaja buat masa sekarang!

You might also like