Bluetooth 5, Apa Tu?

Pada Jun tahun lalu, Bluetooth 5 telah diperkenalkan, namun majoriti peranti yang diperkenalkan selepas itu masih lagi menggunakan Bluetooth 4.0. Pelancaran Samsung Galaxy S8 dilihat bakal mengubah situasi ini dengan peranti flagship tersebut menjadi telefon pintar pertama yang dilengkapi Bluetooth 5. Jadi mari korek sedikit informasi mengenai spesifikasi terbaru ini.

Bluetooth 5 juga telah dibangunkan untuk mengurangkan gangguan di antara peranti wireless bagi memberikan pengalaman penggunaan yang lebih lancar kepada pengguna. Ia masih mengekalkan ciri penggunaan kuasa yang rendah namun ditambah baik dengan lingkungan jarak 4 kali lebih baik dan 2 kali ganda kepantasan data.

Paling menarik adalah Bluetooth 5 pada Samsung Galaxy S8 dikatakan membolehkan dua peranti audio wireless memainkan audio dari sumber yang sama, lantas memudahkan anda berkongsi muzik dengan rakan-rakan.

 

You might also like