
Realme Q Kini Rasmi Pada Harga Bermula Dari Kira – Kira RM586 – Tampil Dengan 4 Kamera, Snapdragon 712 & 4035mAh
Siapa yang tidak kenal jenama peranti Realme yang kini sedang kian popular di kalangan peminat khususnya golongan belia telah melancarkan 1 lagu telefon pintar terbaharu yang dikenali sebagai Realme Q yang dijual pada harga bermula dari RMB998 (RM586).
Peranti ini sangat menarik apabila dihadirkan dengan skrin bersaiz 6.3 inci dengan nisbah skrin ke kerang mencapai 90.6% sekaligus memberikan kepuasan tontonan kepada pengguna.
Peranti ini hadir dengan ColorOS 6 yang memudahkan penggunaannya.
Lebih menarik, peranti ini turut dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 712 dan dipadankan dengan GPU Adrena 616. Peranti ini hadir dengan RAM 4GB / 6GB / 8GB dan storan 64GB / 128GB yang nyata memberikan keupayaan yang mengagumkan kepada pengguna.

Kamera juga tidak mengecewakan apabila ia disertakan dengan sistem 4 kamera iaitu 48MP bagi kamera utama dan 16MP bagi kamera hadapan.
Jika dilihat dari aspek bateri juga tidak mengecewakan apabila ia hadir dengan kapasiti sebesar 4035mAh dan dipadankan dengan pengecasan pantas VOOC 3.0 (20W). Pastinya anda tidak mengalami masalah bateri cepat habis.

Realme Q ini bakal tampil dengan 3 varian dan harga seperti berikut:
- 4GB + 64GB: RMB998 (kira-kira RM586)
- 6GB + 64GB: RMB1198 (kira – kira RM703)
- 8GB + 128GB: RMB1498 (kira-kira RM879)
_______________________________
Artikel Berkaitan:

