
Buat pengemar peranti daripada Samsung pasti teruja apabila mereka telah memperkenalkan peranti terbaharunya yang dikenali sebagai Samsung Galaxy A50s yang mana ia dijual pada harga RM1299.
Peranti ini tampak mengagumkan apabila ia dihadirkan dengan skrin 6.4 inci FHD+ Super AMOLED yang memberikan tontonan yang mengagumkan.
Spesifikasi dalaman juga sangat menakjubkan apabila ia disertakan dengan dan dipadankan dengan RAM sebesar 6GB dan storan sebesar 128GB (Micro SD Sehingga 512GB).
Aspek kamera juga tidak mengecewakan apabila ia hadir dengan tri-kamera bagi kamera belakang iaitu 48MP + 8MP + 5MP. Manakala bagi kamera hadapan pula ialah 32MP.
Melengkapi spesifikasi yang menakjubkan ini adalah aspek baterinya apabila ia dihadirkan dengan 4000 mAh (USB-C) dan Pengecasan Pantas 15W. Turut tersedia pengimbas cap jari pada skrin.
Pilihan warna juga menarik iaitu hadir dengan warna Prism Crush Black, Prism Crush White, Prism Crush Green. Peranti ini bakal dijual pada harga RM1299 dan tersedia pada 21 September ini.
Sekiranya berminat, boleh beli di LAZADA l SHOPEE.
______________________________
Artikel Berkaitan:
- Mana Pilihan Anda?! iPhone 11 vs Samsung Galaxy Note 10 vs HUAWEI P30
- Samsung Perkenal Cip Pemproses Exynos 980 – Hadir Dengan Modem 5G Terbina & Sokongan…
- Samsung Galaxy Fold Rasmi – Penambahbaikan Lebih Sempurna + Sokong RAM 12GB
- Samsung Galaxy M30s Bakal Sokong Bateri 6,000 mAh – Diperkenal Pada 18 September 2019!