Google Umum Pelancaran Google Pixel 4 Pada 15 Oktober Ini!!!
Pada ketika ini, banyak jenama telefon berlumba-lumba memperkenalkan telefon pintar terbaharu mereka. Google juga tidak mahu ketinggalan apabila mengumumkan bahawa mereka dikatakan akan memperkenalkan peranti terbaharunya iaitu siri Google Pixel 4 Pada 15 Oktober ini di New York City.
Antara model yang dikatakan akan diperkenalkan adalah Google Pixel 4 dan Pixel 4 XL juga turut akan memperkenalkan Pixelbook dan google Home.
Peranti Google Pixel 4 ini dikatakan akan dihadirkan dengan dwikamera. Ia dikhabarkan akan dihadirkan dengan keupayaan mengesan gesture yang mana ia dilengkapi dengan sensor khas Project Soli.
Jadi sama-sama kita nantikan kehadiran peranti ini tidak lama lagi!!!
________________________
Artikel Berkaitan:

