Google Pixel 3a Memperoleh 100 Poin Dari DxOMark Bagi Prestasi Kameranya!!
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa peranti Google Pixel sentiasa dihadirkan dengan sistem kamera yang terbaik tanpa mengira kelas. baru-baru ini, Google Pixel 3a mencatatkan prestasi yang menakjubkan bagi sistem kameranya apabila menerima skor sebanyak 100 poin oleh DxOMark.
![]()
Sungguhpun peranti ini tampil dengan kamera dengan 1 lensa sahaja iaitu 12MP (f/1.8) , tetapi prestasinya dilihat sangat baik apabila jika dibandingkan dengan peranti dengan spesifikasi kamera yang dihadirkan dengan dwi-kamera seperti Xioami Mi 8, OnePlus 6T, Galaxy S9+ dan iPhone X.
![]()
Jika kita lihat pembahagian skor peranti ini, ia menerima 95 poin untuk rakaman video dan 103 poin bagi rakaman gambar.
Peranti ini dilihat cukup baik apabila turut hadir dengan sokongan OIS dan rakaman video 4K. Peranti-peranti Google Pixel juga sangat baik apabila ia menerima kemaskini Android dengan sangat pantas.
________________________
Artikel Berkaitan:

